Soalan Lazim
Soalan Lazim (FAQ)
Jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya tentang tempahan seragam anda.
Apakah produk yang ditawarkan oleh SAC Garment?
Kami merupakan kilang percetakan fabrik digital — produk kami termasuk t-shirt bercetak, pakaian bercetak, serta aksesori bercetak seperti lanyard dan topi. Kami bukan pemborong baju siap untuk dijual semula.
Berapakah kuantiti minimum (MOQ) untuk membuat tempahan?
MOQ bagi produk sublimation ialah 11 helai. Bagi tempahan kurang daripada 10 helai, ia boleh dibuat menggunakan kaedah DTF printing (baju DTF).
Berapa lama masa pengeluaran tempahan?
Jangka masa berbeza mengikut produk — Baju sublimation: 14 hari bekerja; Baju heatpress/DTF: 5–7 hari bekerja; Baju korporat: 2–4 minggu; Aksesori & baju bersulam: 10 hari bekerja.
Bolehkah tempahan disiapkan dengan segera (urgent)?
Boleh. Untuk tempahan urgent, kami menyarankan baju DTF yang boleh disiapkan secepat 2 hari. Bagi sublimation, tempahan urgent boleh disiapkan secepat 7 hari bekerja, tertakluk kepada kapasiti semasa. Caj tambahan (urgent charge) dikenakan.
Bolehkah saya menempah dengan reka bentuk sendiri?
Boleh! Reka bentuk baharu tertakluk kepada caj reka bentuk sebanyak RM100. Untuk tempahan urgent, disarankan memilih reka bentuk dari katalog bagi mempercepatkan proses. Reka bentuk katalog juga boleh diubah suai.
Adakah harga khas untuk sekolah, universiti & korporat?
Ya. SAC Garment menawarkan harga kompetitif kepada sekolah, universiti dan syarikat korporat. Kami juga berpengalaman membuat baju sukan sekolah serta tempahan untuk jenama tempatan. Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.
Adakah anda menghantar ke seluruh Malaysia?
Ya, kami menghantar ke seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.