Mengenai Kami

Rakan Pengeluar Seragam Anda

SAC Garment ialah kilang percetak T-shirt custom dan baju korporat di Shah Alam, Selangor — perkhidmatan sehenti, fabrik berkualiti, hasil pasti puas hati.

Profil Syarikat

SAC Garment ialah sebuah jenama yang diasaskan oleh Eskandar Global Sdn Bhd (1399894-X). Ditubuhkan pada tahun 2020, kami merupakan kilang percetak T-shirt custom dan baju korporat di Shah Alam dengan kepakaran menyeluruh bagi keperluan korporat, acara dan pencetakan pakaian.

Menggunakan teknologi pencetakan terkini, setiap produk dihasilkan khusus mengikut reka bentuk anda — diperibadikan dengan imej, teks dan sulaman pilihan. Kami telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat korporat, sekolah, badan kerajaan dan pelanggan individu di seluruh Malaysia.

Misi & Visi

Misi: Menawarkan perkhidmatan pembuatan pakaian yang kompetitif dari segi harga, kualiti dan waktu siap, melalui teknologi terkini dan tenaga pekerja tempatan.

Visi: Menjadi ikon dalam industri pembuatan pakaian di Malaysia.

  • ✓ Harga berpatutan, tempahan bermula dari 11 helai
  • ✓ Kawalan kualiti dari kain hingga jahitan akhir
  • ✓ Pengeluaran sendiri — kawalan masa & kos
  • ✓ Penghantaran ke seluruh Malaysia